Ahad, 30 Disember 2012

Mak~masalah yuran sekolah

Sambungan~

Bagi anak-anak mak yang masih bersekolah rendah,mereka hanya ke sekolah dengan berjalan kaki. Jarak untuk mereka ke sekolah tidak lah terlampau jauh,mungkin 10 minit lebih kalau berjalan kaki. Semasa Solihe berumur sebelas tahun, dia telah mendapat bantuan basikal daripada Raja Kelantan. Pada hari tersebut,Solihe telah di bawa oleh cikgu sekolah rendah ke dewan Tengku Anis. Bantuan tersebut telah di sampaikan oleh Tengku Amalin Aisyah iaitu anak perempuan Raja Kelantan.

Dengan adanya basikal tersebut,Solihe lebih bersemangat untuk ke sekolah. Solihe telah membonceng adik bongsunya iaitu Amin untuk ke sekolah. Di sebabkan Amin anak bongsu, dia selalu malas untuk ke sekolah. Apabila dia masuk darjah satu,tiap-tiap pagi mesti ada jer masalah dia. Macam-macam alasan yang dia bagitau mak gara-gara malas ke sekolah. Kelebihan yang ada pada Amin, dia senang untuk tangkap apa yang di ajar oleh cikgu tetapi dia lemah matematik, sama dengan abang-abang yang lain.

Biasanya mak akan berusaha untuk menyelesaikan yuran anak-anaknya yang bersekolah rendah dahulu,manakala bagi anak-anak yang sekolah menengah,mak hanya bayar separuh. Mak mendapat bantuan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat bermula dari tahun 2003. Pada masa tersebut kesemua anak-anak mak masih bersekolah. Jumlah bantuan yang ma dapat untuk sebulan lebih kurang RM200. Dengan menggunakan duit tersebutlah,mak membesarkan anak-anak.

Mak pandai untuk menguruskan kewangan walaupun jumlahnya hanya sedikit. Dengan duit tersebutlah mak membayar yuran anak-anak bersekolah, dengan duit itulah mak membeli makanan, dan segala-gala perkara yang melibatkan duit, duit dari Pejabat Kebajikan Masyarakat lah yang digunakan oleh emak. Biasanya apabila sekolah hampir tamat,barulah mak dapat menyelesaikan masalah yuran bagi anak-anak yang bersekolah menengah, tetapi yang hebatnya,anak-anak mak tidak banyak merungut dan faham dengan keadaan keluarga.

Yuran bagi anak-anak yang bersekolah rendah,biasanya mak menggunakan duit hari raya anak-anak. Biasalah,yuran untuk budak-budak sekolah rendah tidaklah sampai seratus ringgit. Tak pun,mak menggunakan duit KWAMP untuk menyelesaikan masalah yuran. Mak berharap sangat, anak-anaknya dapat membalas balik jasa yang telah dilakukan olehnya. Bagi mak,demi untuk menyekolahkan anak-anak,dia sanggup untuk melakukan apa sahaja.....

(Sebuah kisah benar)
Just For Sharing

Khamis, 27 Disember 2012

Mak~persekolahan anak-anak

"Mak hanya mampu bagi seringgit je untuk wang saku kamu ke sekolah.Mak harap kamu semua belajar rajin-rajin. Kamu semua kena ingat,kita ni orang susah. Kamu kena belajar supaya nanti dapat ubah nasib keluarga kita",pesan mak kepada anak-anaknya.

Ada perbezaan yang dilakukan oleh emak. Mak akan bagi seringgit untuk anaknya yang sudah bersekolah di sekolah menengah,manakala bagi anak yang bersekolah kebangsaan,mak akan bagi wang saku sebanyak 50 sen. Bagi mak,  itu lebih baik kerana mak bukanlah seorang yang berpendapatan. Dengan keadaan mak yang tidak bekerja,hanya itulah yang mampu dilakukan oleh mak.

Tiap-tiap pagi,mak akan sediakan sarapan kepada anak-anaknya. Walaupun sarapan yang disediakan hanyalah air dan biskut,anak-anak mak berselera untuk sarapan. Tapi bagi anaknya yang sekolah menengah,mak akan siapkan nasi dan telur goreng,kerana anak-anaknya akan ke sekolah dengan mengayuh basikal. Jarak yang akan dilalui oleh anak-anaknya untuk ke sekolah menengah agak jauh. Mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit lebih. Biasanya anak-anak mak akan bertolak awal untuk ke sekolah bagi mengelak daripada berlaku kesibukan jalan.


Daripada ramai-ramai anak emak, anak yang keempat(Solihe) adalah seorang yang berjimat cermat. Anaknya yang ini bersekolah kebangsaan pada masa itu. Jadi,mak akan bagi 50 sen sebagai wang saku, tetapi dia hanya akan menggunakan 20 sen. Manakala baki akan di masukkan ke dalam tabung.

Pada suatu pagi,mak tiada duit untuk diberikan kepada yang lain. Mak telah meminta duit daripada Solihe yang di simpan dalam tabung untuk diberikan kepada abang-abangnya yang lain iaitu Sanusi(along), Rosdi(angah) dan Zulkifli(acik). Kadang-kadang mak akan menangis di waktu pagi,mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya. Betapa susahnya bagi seorang emak untuk menyekolahkan anak-anaknya. Bagi memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anaknya.

( Sebuah kisah besar)
just for sharing...


Rabu, 26 Disember 2012

Mak~balik ke kampung halaman

Setelah beberapa hari kehilangan suami,tidak ada yang dapat di fikirkan lagi. Mak mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya. Mak fikir,lebih baik dia balik kerana dia akan lebih dekat dengan keluarga dan lebih senang untuk meminta pertolongan dikala dalam kesusahan nanti.

Mak pulang ke kampung dengan membawa dua orang anaknya,kerana anak yang lain memang sudah lama tinggal di kampung dan sudah bersekolah di sekolah yang berdekatan dengan rumah nenek mereka. Mak dan arwah ayah hanya akan pulang ke kampung pada hujung minggu untuk melihat keadaan anak yang lain.

Mak tiada niat untuk membebankan ibu dan adik bongsunya.tetapi itu saja yang termampu.Mak tidak mampu untuk memberi semua kehendak anak-anaknya.Walau bagaimanapun,Mak masih mampu untuk menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi pelajaran kepada anak-anak.

Mak berharap,agar anak-anaknya akan menjadi seseorang yang berjaya.Seseorang yang mampu untuk mengubah nasib hidup keluarga. Bagi mak,anak-anak sajalah harapan yang tinggal oleh kerana suami tercinta yang selama ini memberi  nafkah dan bekerja untuk mencari sesuap nasi telah pergi mengadap ilahi.

Mak sentiasa berdoa agar anak-anaknya akan tabah menghadapi segala ujian yang akan mendatang.Hanya doa yang mampu mak iringi untuk anak-anaknya. Mak sentiasa menangis bila berdoa. Anak-anak mak akan terus terdiam,sedih dan pilu apabila melihat emak yang di sayangi menangis smbil berdoa. Bagi mak,kepada ALLAH sajalah tempat untuk dia menceritakan segala kesedihan dan meminta sesuatu.

Selasa, 25 Disember 2012

Dia~Seorang Emak

Tidak ada orang lain sepertinya. Seorang insan yang dapat berkorban untuk anak-anaknya.Dia seorang yang cukup tabah sehingga dapat membesarkan lima orang anaknya tanpa seorang suami dan tanpa pekerjaan. 

Orang lain tidak pernah nak ambil peduli tentang dirinya dan keluarga. Tetapi dia sebagai seorang 'Emak' cukup hebat untuk menempuh segala dugaan ini.Dia di tinggalkan suami semasa anak bongsunya masih berumur empat bulan.

Pada malam kematian suaminya, orang lain pergi untuk mengebumikan jenazah suaminya,tetapi dia hanya mampu berada di rumah untuk menjaga anak-anak yang lain. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya ketika itu. 

Perasaan yang berbelah bahagi sama ada hendak pergi melihat suami di kebumikan atau menjaga anak-anak yang masih kecil. Perasaan sedih terpaksa di sembunyikan,supaya anak-anak yang masih kecil tidak terasa apa yang sedang dihadapi olehnya.


Isnin, 24 Disember 2012

tazkirah @ renungan

Ustaz Azhar Idrus:

Sebarkan sebelum terlambat..

Christian : Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?

Muslim : Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya.

Christian : Tapi kenapa, bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain, mengucapkannya kpd aku?

Muslim : Mungkin mereka belum mengetahuinya. David, kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah, dlm bahasa melayu pun tak mengapa?

Christian : Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini.

Muslim : Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah...

Christian : Sekarang......... saya mengerti...

Jadi Haram Hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas & Tahun Baru krn ada dlm Hadith Nabi:

"Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya" (HR.Bukhari Muslim)

| Sebarkan sebelum terlambat.. ♥

^_^

pengenalan

blog ini hanyalah sekadar satu perkongsian dengan para pembaca yang budiman. Diharapkan para pembaca tidak terasa hati dengan apa yang akan di karang oleh saya di kemudian hari.. Jika ada apa2 yang salah tentang apa yang saya karang,saya harap,para pembaca boleh menegur dan memberi pendapat kepada saya untuk memperbaiki cara penulisan saya.